Gaza di Bom, Ramai Syahid.
Salam, sedih aku membaca berita mengenai apa yg terjadi pada bumi Palestin. Sudahlah pada tahun baru Hijrah, diserang pula dgn bom. Subhanallah.
Sumber: http://www.aqsasyarif.org.my/2012/11/gaza-diserang-lagi-ramai-syahid/ |
Aku baca post dari sebuah laman web dan memetik kata2 beliau:
Berita baru diterima dari sahabat di Gaza, “So bad akhie. Attack in every where.” Sama-sama kita do’akan Allah melindungi saudara-saudara kita di Gaza. Pemimpin utama tentera Hamas di Gaza ditakdirkan Allah telah syahid di dalam mempertahankan bumi ummat Islam. Beliau dibom dari udara oleh roket Israel ketika berada di dalam kenderaan di Gaza City. Syurga milik as Syahid Ahmed al-Jabari, insya Allah.
Sumber: http://www.aqsasyarif.org.my/2012/11/gaza-diserang-lagi-ramai-syahid/ |
Sumber: http://www.aqsasyarif.org.my/2012/11/gaza-diserang-lagi-ramai-syahid/ |
Dalam pada itu, Malaysia juga turut menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Israel. Malaysia hari ini [15 Nov 12] mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) khususnya Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil tindakan tegas berhubung apa yang disifatkan sebagai tindakan ketenteraan tidak bertanggungjawab oleh Israel yang menyasarkan orang awam di Gaza.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan oleh aktiviti ketenteraan dan serangan udara Israel di Gaza, yang telah membunuh seorang pemimpin Palestin dan meragut tujuh nyawa termasuk dua kanak-kanak.
“Malaysia menggesa semua pihak yang terlibat untuk menghentikan sebarang tindakan provokatif, bertenang dan mengekang sebarang tindakan yang boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar dan kehilangan nyawa, terutama di kalangan penduduk awam di Semenanjung Gaza,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – BERNAMA
Bersama-sama kita mendoakan agar keselamatan umat Islam disana terjamin walaupun Israel sudah berjanji akan menentang habis-habisan. Subhanallah.