banner banner banner banner banner please click one of these n you're doing me a favor

RULES in this BLOG

NO SCAM / SPAM COMMENTS
DO NOT SAY ANY INAPPROPRIATE / BAD WORDS
BE NICE TO ME & OTHER READERS
NO COPYING [FAQ]
NEED PEOPLE FOLLOWING MY BLOG [CONTACT] THANX
DO NOT ASK ME THE SAME QUESTIONS AGAIN AND AGAIN
NO POLITIC HERE
THANX FOR READING THIS RULE & ENJOY READING MY POSTS
more information, go to my FAQ page

aku pulang~

SALAM....hye readers....lame aku x update blog ni....xd la lame sgt pun.....haha

Jumaat lepas (10 Jun 2011) aku pegi tengok wayang.....cite ape ?
haa~ cite ni:


bagi aku,, cite ni memang best....tp walaupun 'disebalik' jalan cite ni ade MORAL of the story,, aku x rase penonton2 enjoy moral2 yg ade...sebaliknya dorang enjoy jalan cite nye se-mata2....tp memang best & jalan cite nye padat (1jam 40minit)....

CERITA (FULL STORY)
Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek  (Aaron Aziz) dan seorang lagi Jai (Adi Putra). Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark (Syamsul Yusof), anak tiri kepada King, (Ridzuan Hashim) iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orang-orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antara orang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat. 

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya.Shark juga telah membunuh King.


Shark makin terdesak untuk membunuh Malek, dengan menghancurkan barangan di dalam rumah Malek. Shark kemudiannya telah menikam Fadil (Zizan). Malek yang semakin gelisah ditambah pula dengan perasaan marah terhadap Shark kerana Zati (Sheera) adiknya telah dirogol berkali-kali oleh gangster-gangster yang berdendam dengan Malek.


Malek meminta bantuan daripada Dragon (Adam Corrie) namun tidak dilayan kerana Jai, yang sebelum ini orang bawahannya telah belot & mengikuti Shark. Malek dibantu oleh Ajib (Shoffi Jikan) kawan baiknya yang juga orang Dragon. Malek menyerang Shark & Jai, ketika Jai telah nyawa-nyawa ikan, Shark hampir-hampir menembak Malek namun Dragon menyelamatkan keadaan dengan menembak Shark.


Selepas kejadian itu, Malek menjadi buruan polis, Jai menghilangkan diri & Dragon berkuasa di KL. Tidak lama kemudian Dragon ditangkap polis, begitu juga Malek. THE END

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: